BAE Systems Maritime – Naval Ships

BAE Systems Maritime – Naval Ships adalah sebuah anak syarikat milik penuh BAE Systems, dengan pengkhususan dalam pembinaan kapal permukaan tentera laut dan integrasi sistem tempur. Ia merupakan salah satu dari tiha buah divisyen dalam BAE Systems Maritime, selain daripada BAE Systems Submarines dan BAE Systems Maritime – Maritime Services, yang mana merupakan syarikat pembina kapal terbesar di United Kingdom, dan salah sebuah pembina kapal terbesar di Eropah, serta salah satu pembina kapal perang terbesar di dunia.[6]Ia asalnya ditubuhkan sebagai sebuah anak syarikat saham bersama pada 1 Julai 2008, ekoran penggabungan antara BAE Systems Surface Fleet Solutions dan VT Shipbuilding, maka tertubuhnya sebuah firma baharu bernama BVT Surface Fleet.Firma baharu ini memasukkan BAE Systems Surface Fleet Solutions yang memiliki limbungan kapal di Scotstoun dan Govan yang terletak di Sungai Clyde, Glasgow dan kemudahan milik VT Shipbuilding yang terletak di dalam Pangkalan Tentera Laut di Portsmouth.BAE Systems seterusnya membeli saham-saham perkongsian usahasama milik VT Group pada 30 Oktober 2009 dan menamakan semula perniagaan mereka sebagai BAE Systems Surface Ships Ltd.Pada 1 Januari 2011, BAE Systems Surface Ships telah menggabungkan BAE Systems Submarine Solutions untuk membentuk BAE Systems Maritime. Pada 1 Januari 2012, BAE Systems Surface Ships membuat penstrukturan rasmi dan dijenamakan semula sebagai BAE Systems Maritime – Naval Ships dan BAE Systems Maritime – Maritime Services, di mana Naval Ships menggabungkan operasi pembinaan kapal dan pembangunan sistem tempur manakala Maritime Services menumpukan sokongan semasa perkhidmatan.[7]

BAE Systems Maritime – Naval Ships

Industri Pertahanan
Pembinaan kapal
Kejuruteraan marin
Pendapatan operasi £45 juta[5]
Jumlah aset £352 juta[5]
Laman web rasmi www.baesystems.com
Bilangan kakitangan Sekitar 7,000
Induk BAE Systems Maritime
Tokoh penting Sir John Parker – Pengerusi (2008–2009)[3]
Alan Johnston CBE – CEO (2008–2011)[3]
Iain Stevenson – pengarah urusan (2016–kini) Heather Lee- HR director (2018-kini)Engineering Director Paul Feely(2016-kini) Shipbuild Director David Goodfellow (2003-kini)
Ibu pejabat Glasgow, Scotland, UK
Keluaran Kapal tentera laut
Ditubuhkan 1 Julai 2008 (sebagai BVT Surface Fleet)[1][2]
Hasil £1.12 bilion (FY 2008/09)[4]
Jenis Swasta
Pendahulu BAE Systems Surface Fleet Solutions
VT Shipbuilding
Perkhidmatan Rekabentuk kapal
Sokongan kapal